PASIR MAS: Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh ke dalam perigi di belakang sebuah rumah di Kampung Lumpur, Alor Pasir di sini hari ini.
Mangsa, Hasmah Husin, 79, dikeluarkan oleh awam dari perigi itu sebelum menghubungi pihak bomba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Mohd. Zain Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.35 tengah hari sebelum enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebuah jentera dari BBP Wakaf Bharu dan BBP Pasir Mas diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan.
“Mangsa didapati sudah dikeluarkan oleh orang awam semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan oleh pihak kesihatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan operasi tamat pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-UTUSAN