UniMAP lantik Guntor CEO Fakulti Kejuruteraan

UniMAP lantik Guntor CEO Fakulti Kejuruteraan

asean
Guntor Tobeng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melantik Pe­ngarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti bagi Fakulti Kejuruteraan dan Elektrik.

Dalam surat pelantikan, UniMAP berkata ia adalah bagi tahun 2025 dan 2026.

Perlantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman Guntor selama hampir 30 tahun dalam bidang kejuruteraan terutama membabitkan tenaga boleh baharu termasuk membangunkan ladang solar di negara ini.

Berdasarkan surat pelantikan itu, beliau akan menjalankan tugas berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh UniMAP.

Tujuannya supaya pihak universiti terutama pelajar mendapat manfaat dan faedah daripada pengalaman serta kepakaran yang dimiliki oleh Guntor dan Gading Kencana.

Gading Kencana yang diasaskan oleh Guntor pada tahun 1998 adalah salah sebuah syarikat peneraju dalam sektor tenaga boleh baharu di negara ini milik penuh bumiputera.

UniMAP memperkenalkan pro­­gram CEO itu bagi tujuan mengoptimumkan kebolehpasaran graduannya melalui program-program yang dirangka bersama dengan industri supaya sesuai dengan keperluan semasa.

Dengan cara itu ia dapat mengukuhkan program teras tersebut hasil kepakaran yang dikongsi daripada pengalaman syarikat terkemuka.

Ia juga akan membuka peluang kepada pelajar UniMAP menjalani latihan industri di syarikat berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN