Tutup pangkalan haram, penyeludupan dadah beralih ke perairan Kedah

Tutup pangkalan haram, penyeludupan dadah beralih ke perairan Kedah

ANGGOTA PGA melakukan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tindakan drastik kerajaan menutup 212 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sejak 1 Disember lalu menyaksikan penyeludupan dadah berkemungkinan besar berubah ke perairan utara tanah air terutama Kedah selepas berlaku peningkatan kes di negeri berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berkemungkinan besar kawasan kuala di Kedah seperti Kuala Kedah, Kuala Sanglang dan Kuala Jerlun menjadi lokasi baharu pendaratan bahan terlarang itu.

“Saya baru diberitahu minggu lepas mengenai peningkatan aktiviti pendaratan dadah di kawasan tersebut selepas kita mengetatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dengan menutup semua pangkalan haram di Sungai Golok.

“Walaupun tren penyeludupan dadah di Kelantan menunjukkan penurunan, namun ia masih ada dan belum boleh dianggap signifikan” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kontinjen Kelantan sempena Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK) KDN di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ibrahim Pencen di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid.

Saifuddin Nasution memberitahu, pihaknya akan terus melipat gandakan operasi dalam membendung kemasukan bahan terlarang itu.

Katanya, selain dadah, sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sejauh 103 kilometer turut menjadi lokasi penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Penutupan pangkalan haram itu dibuat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan tidak diwartakan.

“Langkah tersebut terbukti berkesan apabila daripada 4,000 hingga 5,000 pergerakan harian yang menggunakan laluan haram sebelum ini, kini hanya tinggal puluhan sahaja,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya