GAZA: Hamas tidak lagi berminat untuk mengadakan rundingan gencatan senjata dengan Israel dan menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan ‘perang kebuluran’ terhadap Gaza. Pegawai kanan Hamas, Basem Naim menegaskan dunia perlu memberi tekanan kepada kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu agar menghentikan jenayah kebuluran dan pembunuhan Israel di Gaza. “Tiada guna untuk meneruskan rundingan atau mempertimbangkan cadangan gencatan senjata baharu selagi perang kebuluran dan pemusnahan diteruskan di Gaza,” katanya kepada AFP. Kenyataan bekas Menteri Kesihatan Gaza itu dibuat sehari selepas tentera Israel mengumumkan perluasan operasi yang akan merangkumi pemindahan sebahagian besar penduduk Palestin.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya