TASEK GELUGOR: Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam juga dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Itam, merupakan kawasan hutan paya air tawar berkeluasan lebih 10 hektar di Seberang Perai di sini. Selain menjadi tempat rekreasi, lokasi itu juga tumpuan penggemar burung, pemancing dan mereka yang mahu meneroka keindahan alam semula jadi dengan lebih dekat. Bagaimanapun, difahamkan, sejak lebih setahun yang lalu, kawasan tersebut tidak ‘dipedulikan’ atau dipandang sepi, meskipun masih menerima kunjungan orang ramai khususnya mereka yang ingin beriadah pada waktu pagi dan petang. Tinjauan Mingguan Malaysia turut mendapati, beberapa kemudahan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya