BEIJING: China menarik balik larangan ke atas syarikat penerbangan domestik daripada menerima pesawat baharu keluaran Boeing, lapor Bloomberg News. Langkah itu dibuat selepas Beijing dan Washington bersetuju untuk mengurangkan tarif secara sementara dalam usaha meredakan ketegangan perang perdagangan antara kedua-dua negara. Bulan lalu, Boeing mengesahkan syarikat penerbangan China menghentikan penerimaan pesawat baharu, susulan tarif balas besar-besaran yang dikenakan oleh kedua-dua pihak. Namun, menurut Bloomberg yang memetik sumber terdekat, pihak berkuasa China kini memaklumkan kepada syarikat penerbangan domestik bahawa mereka boleh menyambung semula tempahan pesawat buatan Amerika Syarikat (AS). Setakat ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya