PUCHONG: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menawarkan tiga bentuk bantuan perumahan kepada 17 penduduk Kuala Sungai Baru yang terlibat kebakaran dari letupan gas di Putra Heights. Pengurusan Aset dan Fasiliti SPNB, Norazmi Nuruddin berkata, senarai 17 penama yang menerima bantuan ini adalah berdasarkan diterima daripada kerajaan negeri Selangor. Beliau berkata, SPNB mahu mendapatkan pengesahan daripada penduduk dengan secepat mungkin mengenai tiga tawaran yang ditawarkan SPNB iaitu bina semula rumah baharu,…