Sistem pengairan sawah Klebang dibina hujung tahun ini

Sistem pengairan sawah Klebang dibina hujung tahun ini

PESAWAH menunjukkan tali air dilitupi semak samun menyebabkan air tidak dapat masuk ke bendang sawah di Kampung Pinang, Klebang, Melaka.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 30 pesawah di Kampung Pinang, Klebang boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Persekutuan te­lah meluluskan peruntukan berjumlah RM43.4 juta untuk mengatasi masalah sistem pengairan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peruntukan tersebut telah diluluskan Jun tahun lalu dan dijangka mengambil masa selama dua tahun bagi menyi­apkan Projek Sistem Pengairan Sawah Padi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

Beliau mengakui projek tersebut tertangguh sejak tahun 2012 namun kerajaan Persekutuan telah meluluskan semula projek pengairan ini dengan jumlah RM31.5 juta.

“Bagaimanapun, projek ini menghadapi masalah berkaitan isu pengambilan tanah yang memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang termasuk tambahan peruntukan sebanyak RM12 juta.

“Alhamdulillah atas usaha Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh peruntukan tambahan telah diluluskan untuk menjadikan keseluruhan kos tersebut sebanyak RM43.4 juta bagi menyelesaikan isu kekurangan air yang dihadapi seluruh pesawah bukan sahaja di Kampung Pinang tetapi di seluruh DUN Klebang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan akhbar ini pada 8 Mei lalu mengenai keresahan kira-kira 30 pesawah di Kampung Pinang, Klebang yang meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah sistem pengairan yang tidak sempurna di kawasan seluas 145 hektar sehingga menjejaskan proses menanam padi.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, bagi mengatasi masalah jangka pendek kerajaan negeri telah memohon daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan peruntukan hampir RM2 juta bagi menempatkan dua pam air bagi mengatasi masalah kekurangan air ke sawah.

“Saya minta semua pesawah bersabar dan masalah yang mereka hadapi sejak sekian lama akan dapat diatasi dengan segera,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN