HULU TERENGGANU: Lapan sekeluarga di Kampung Paya Besar, di sini menjalani kehidupan penuh kedaifan di sebuah pondok berdindingkan kepingan atap malah hanya bergantung kepada air paya sebagai sumber air, sejak awal tahun ini. Mazilah Mansor, 47, berkata, dia tiada pilihan melainkan tinggal di situ kerana tidak mampu menyewa tempat tinggal sementara menunggu rumahnya yang empat tahun terbengkalai siap dibina. Katanya yang bekerja sebagai tukang cuci masjid, dua tahun sebelum ini mereka menumpang di rumah sewa salah seorang anaknya yang turut dijadikan bengkel kereta di Kampung Buluh. “Sejak berkahwin, saya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya