KUALA LUMPUR: Sekatan yang dikenakan oleh beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) dan barat terhadap Israel ketika ini disifatkan sudah terlalu lambat. Situasi di Semenanjung Gaza semakin memburuk sehinggakan tiada lagi tempat untuk penduduknya mendapatkan perlindungan atau bekalan makanan. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, sepatutnya sekatan itu dikenakan kepada Israel sejak perang meletus pada Oktober 2023. “Kami menghargai inisiatif yang diambil oleh Perancis, United Kingdom (UK) dan Kanada. Mereka mengenakan sekatan terhadap Israel, namun jujurnya, ia sudah terlalu lambat untuk perbetulkan situasi. “Mereka patut ambil tindakan itu sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya