Pertandingan karom ala kampung meriah - Utusan Malaysia

Pertandingan karom ala kampung meriah

KAMARUL Azman Khamis bersama para peserta pada pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau, Pedu- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pertandingan karom ala kampung di Kampung Lubok Merbau, Pedu berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 50 peserta.

Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga, RM200 serta keempat menerima hadiah wang tunai RM100 selain hadiah saguhati berupa sumbangan hamper kepada semua peserta.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang juga penganjur pertandingan berkenaan.

“Pertandingan tersebut bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silatulrahim selain mendekati masyarakat setempat. Ia juga sebagai mercu tanda perpaduan dalam kalangan masyarakat luar handar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN