KATHMANDU: Seorang pendaki dari Amerika Syarikat (AS) maut di Gunung Makalu di timur Nepal ketika melakukan pendakian untuk mengumpul dana bagi program kanser kanak-kanak. Kematian terbaharu itu menjadikannya insiden kedua dalam musim pendakian di negara Himalaya tersebut yang bermula pada Mac. Alexander Pancoe, 39, meninggal dunia pada Ahad ketika sedang masuk ke dalam beg tidur di kem tinggi kedua Gunung Makalu, selepas kembali dari perjalanan penyesuaian di kem tiga yang…