MELAKA: Pelajar tahfiz yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di seluruh negara yang mencapai keputusan 10A ke atas berpeluang menerima tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi membolehkan pelajar cemerlang tersebut mendapat biasiswa penuh.…










