Pelajar MRSM ditemukan selamat di rumah saudara - Utusan Malaysia

Pelajar MRSM ditemukan selamat di rumah saudara

YAHAYA Othman (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota pada Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2025 di IPK Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pekan yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga semalam ditemukan selamat.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman berkata, pelajar berusia 13 tahun itu dikatakan ditemukan di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu, pukul 7 pagi hari ini.

“Kita menerima laporan berkaitan kehilangan pelajar terbabit pukul 4 petang semalam dan kita menjalankan siasatan serta menemuramah keluarganya yang tinggal di Kuantan ini.

“Dan kita pun percaya pelajar berkenaan ada lari ke rumah ahli keluarga dan alhamdulillah pukul 7 pagi tadi kita sudah dapat mengesan pelajar ini di rumah saudaranya di Chukai,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan bulan Mei 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, polis akan mendapatkan rakaman keterangan daripada pelajar berkenaan bagi mengetahui bagaimana dia boleh pergi ke rumah saudaranya.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar MRSM Pekan dilaporkan hilang selepas keluar daripada rumah tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Mangsa, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 4 petang selepas mendapati remaja itu tiada di bilik tidur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN