BUTTERWORTH: Pameran dan Persidangan Pendigitalan Pulau Pinang 2025 (PDX2025) yang berakhir kelmarin mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran lebih 600 peserta tidak termasuk pempamer. Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif OPERiON, Lukas Tan berkata, jumlah penyertaan yang tinggi itu membolehkan PDX2025 dianggap sebagai pameran dan persidangan digital terbesar di Pulau Pinang setakat ini. “Sasaran awal kami pada mulanya ialah untuk menarik sehingga 500 penyertaan sahaja memandangkan ia pertama kali diadakan. “Bagaimanapun, penyertaan meningkat melebihi sasaran awal dan ini sesuatu yang sangat mengujakan kami,” katanya yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur program.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya