PETALING JAYA: Buku ilmiah dan kajian Islamik dari Indonesia mendapat sambutan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025. Penerbit buku Pustaka Al-Kautsar, Iwan Tholib, 41, berkata, buku kajian Islam termasuk sirah, tafsir dan terjemahan kitab mendapat permintaan tinggi kerana pembaca Malaysia mempunyai kecenderungan terhadap bahan bersifat ilmiah dan mendalam. “Ramai pelajar dan pensyarah datang bertanyakan buku-buku tertentu. Mereka tidak kisah jika bahan itu dalam bahasa Indonesia asalkan kandungannya berkualiti…