IPOH: Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama 27.4 kilogram (kg) dadah bernilai RM4.6 juta dalam serbuan berasingan di Sitiawan dan Lumut pada Isnin serta Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, serbuan pertama pada pukul 7.30 pagi di sebuah rumah di Simpang Tiga, Sitiawan pada Isnin membawa kepada tangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun dan teman wanitanya warga Vietnam berusia 24 tahun. Menurut beliau, hasil pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai serbuk disyaki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 15,342 gram (15.3 kg) selain 237 gram dadah sama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya