JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR yang baharu, Nurul Izzah Anwar mahu memberi fokus dalam tiga perkara utama, khususnya mengukuhkan kerjasama dan hubungan antara ahli parti.
“Kemudian, fokus adalah untuk melakukan reformasi dalaman bagi menumpukan sepenuh kekuatan jentera untuk bergerak menuju Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini sebentar tadi.
Bekas Ahli Parlimen Pernatang Pauh yang popular dengan panggilan ‘Puteri Reformasi’ itu bakal mengerjakan haji selepas tamat kongres kali ini.
“Saya mohon doa, saya dan suami akan berangkat menunaikan ibadah haji. Doakan kami nanti,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat kecewa selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti tersebut.
“It’s ok, you should ask the (new) Timbalan Presiden,” katanya apabila diminta memberi komen tentang keputusan itu. – UTUSAN