NNA Land sasar lahir 10 jutawan hartanah bumiputera setahun - Mohd. Nazrul Izad - Utusan Malaysia

NNA Land sasar lahir 10 jutawan hartanah bumiputera setahun – Mohd. Nazrul Izad

MOHD. NAZRUL IZAD MOHD. ARSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: NNA Land mensasarkan melahirkan 10 jutawan hartanah setahun khususnya dalam kalangan bumiputera menerusi program khas yang sedang dirangka oleh syarikat berkenaan.

Pengerusi Eksekutif NNA Land, Datuk Mohd. Nazrul Izad Mohd. Arsad berkata, program khas itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pengalaman selama 27 tahun dalam bidang hartanah dan pembinaan akan dikongsi dalam program yang akan dijalankan NNA Land.

“Graduan bumiputera khususnya bagi yang menganggur boleh menyertai bengkel secara percuma bagi melahirkan jutawan hartanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nazrul Izad berkata, program khas tersebut akan dijalankan selama tiga bulan secara percuma pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

“Program ini akan melihatkan pakar dalam bidang hartanah seperti peguam, arkitek, jurutera, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan agensi kerajaan.

“Untuk menjadi jutawan hartanah, kita perlu faham akta-akta contohnya tentang akta pemajuan perumahan, akta bangunan dan lain lain.

“Peserta juga perlu mahir dalam mengendalikan urusan pinjaman perumahan dan pengurusan projek di tapak bina,” katanya.

Jelasnya, dalam tempoh 10 tahun, syarikat itu mensasarkan melahirkan 100 jutawan hartanah bumiputera sekali gus meningkatkan martabat orang Melayu dalam bidang ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN