KUALA LUMPUR: Media Mulia Sdn. Bhd. buat julung kalinya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bermula semalam hingga 1 Jun. Penglibatan syarikat yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! dan The Malaysian Reserve itu membuktikan akhbar kekal relevan dalam industri penerbitan. Pengurus Pengedaran Media Mulia, Mohammad Fahmi Asraf Khan berkata, tawaran istimewa diberikan kepada pengunjung antaranya promosi langganan akhbar selain peluang melanggan platform kandungan kartun digital keluaran Media Mulia, MMtoon.…