CAMBRIDGE: Ratusan pelajar Universiti Harvard berhimpun semalam sebagai membantah tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan semua kontrak kewangan persekutuan dengan institusi pendidikan terkemuka itu. Tindakan itu, yang dilihat sebagai usaha memaksa Harvard tunduk kepada kawalan luar biasa terhadap pentadbiran dan hal ehwal akademiknya, dijangka melibatkan kira-kira AS$100 juta (RM424 juta). Penunjuk perasaan melaungkan slogan sambil mengangkat sepanduk bertulis ‘Trump pengkhianat’, dengan sebahagian besar menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan pelajar antarabangsa di Harvard. Trump dikatakan bertindak sedemikian selepas Harvard enggan menyerahkan kuasa mutlak berkaitan pengurusan kurikulum, kemasukan pelajar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya