Lelaki gagal ke kebun durian, rakit hanyut ke Kota Bharu

Lelaki gagal ke kebun durian, rakit hanyut ke Kota Bharu

ANGGOTA APM membawa lelaki yang rakitnya dihanyutkan arus deras Sungai Kelantan ke Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan untuk tindakan selanjutnya.-IHSAN APM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki gagal ke kebun durian miliknya selepas rakit yang dinaiki di Sungai Kelantan dari Tanah Merah dihanyutkan arus sehingga sampai ke Kota Bharu semalam.

Difahamkan rakit yang dinaiki lelaki berusia berusia 50-an itu telah hanyut di sungai berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Marin, Abdullah Md. Zain berkata, semasa melakukan tugas di Jeti Unit Marin APM berhampiran Tambatan Diraja dia telah ternampak sebuah rakit sedang dihanyutkan arus sekitar pukul 5 petang.

Menurutnya, dia bersama empat lagi anggota terus menghampiri rakit tersebut untuk memberikan bantuan.

“Hasil soal siasat yang dilakukan, lelaki itu memakluman rakitnya telah dihanyutkan arus sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, lelaki berkenaan mendakwa arus deras sungai menyebabkan rakit miliknya telah dihanyutkan arus sekali gus gagal untuk kebun duriannya di Tanah Merah.

Katanya, semasa ditemukan lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat.

“Kita (APM) telah membawa lelaki itu ke ke Jeti Kok Majid, Tumpat untuk tindakan lanjut.

“Rakit yang dinaiki lelaki itu telah dibawa pulang ke Jeti Unit Marin APM, Tambatan Diraja,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN