Kes bunuh Nur Farah Kartini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Kes bunuh Nur Farah Kartini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

MUHAMMAD Alif Monjani (dua kanan) yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini tahun lalu turut dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, semalam. – UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Perbicara­an kes seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang didakwa membunuh penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, Julai tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri dalam prosiding sebutan kes yang dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memberikan kebenaran tersebut selepas pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Eirene Nabila Amani Williams-Hunt memaklumkan sudah mendapat kebenaran berbuat demikian bagi membolehkan kes dibicarakan.

“Mohon untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam,” kata pendakwa raya itu.

Pada prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan segala dokumen berkaitan termasuk laporan kimia dan laporan patologi telah lengkap.

Pada sebutan kes itu hari ini juga, tiada mana-mana ahli keluarga tertuduh atau Nur Farah Kartini dilihat hadir berbanding prosiding-prosi­ding terdahulu.

Mengikut pertuduhan, Lans Koperal Muhammad Alif Mon­jani didakwa menyebabkan kematian Nur Farah Kartini, 25, di antara pukul 9 pagi, 10 Julai dan pukul 6 petang, 15 Julai 2024 di Ladang SKC Kledang, Hulu Selangor di sini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN