KDN FC mahu bebas hutang musim baharu

KDN FC mahu bebas hutang musim baharu

IRWAN Mohd. Ali (kiri) semasa sesi bertemu kelab penyokong Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) mahu bebas hutang sekali gus memulakan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 tanpa sebarang tekanan yang boleh membelenggu prestasi skuad Kijang Emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah berkata, bagi menzahirkan komitmen itu pengurusan pasukan sedang bertungkus-lumus dengan menyediakan beberapa pelan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, setakat ini, hampir 100 peratus tunggakan gaji itu sudah dibayar oleh pihak pengurusan.

“Kalau ada hutang betul, memang kena bayar. Tetapi kalau nak bayar mesti kena ada prosedur. Kena bayar kepada siapa, kadang-kadang bayar kepada orang tengah, namun orang tengah tidak bayar kepada pemain terlibat. 

“Perkara itu pernah terjadi, kita perlu berhati-hati untuk kali ini. Ini adalah salah satu komitmen kita untuk musim ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sesi bertemu kelab penyokong Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, memberitahu, untuk saingan musim baharu nanti KDN FC memberi penekanan kepada soal kestabilan dan prestasi pasukan.

Katanya, hal ini kerana kedua-dua perkara itu menjadi tonggak kepada prestasi pasukan untuk musim depan.

“KDN FC serius dalam menyelesaikan tunggakan sedia ada hutang gaji pemain dan staf pengurusan. Kita tidak mahu menganiaya sesiapa dan KDN FC komited dalam menyelesaikan tunggakan gaji,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN