Kampung Angkat Pergigian di Wang Belimbing meriah - Utusan Malaysia

Kampung Angkat Pergigian di Wang Belimbing meriah

PROGRAM Kampung Angkat Pergigian 2025 berlangsung meriah di Masjid Nurul Iman, Kurong Batang di sini, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penduduk Kampung Wang Belimbing di sini tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan Program Kampung Angkat Pergigian 2025 yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Kurong Batang di sini, semalam.

Selain pemeriksaan gigi dan saringan kesihatan, program anjuran Klinik Pergigian Kangar yang bermula dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari itu juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan hantaran, gerai jualan, booth pameran, cabutan bertuah dan pelbagai lagi acara menarik lain.

Selain itu, turut diselitkan slot ceramah berkaitan pergigian dan kesihatan yang sekali gus memberi kesedaran serta panduan kepada penduduk sekitar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN