‘Jangan samakan Bersatu dengan Semangat 46’

‘Jangan samakan Bersatu dengan Semangat 46’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai tidak masuk akal dan mencerminkan kegagalan memahami kehendak rakyat.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan UMNO dalam dua siri Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berpunca daripada mentaliti lapuk yang masih wujud dalam kepemimpinan parti, termasuk ketidakmampu­an membaca aspirasi rakyat.

Beliau berkata, UMNO tidak akan kembali kukuh selagi parti itu enggan mengakui masalah dalaman termasuk kepemimpinan yang tidak dipercayai rak­yat, khususnya orang Melayu.

“Veteran UMNO perlu cermin diri. Kekalahan UMNO yang begitu teruk dua kali berturut-turut dalam PRU adalah kerana sikap seperti ini iaitu tidak dapat membaca dengan tepat apa yang rakyat mahu.

“Selagi UMNO tidak menga­ku masalah dalaman melibatkan kepemimpinan yang tidak dipercayai rakyat dan orang Melayu, selagi itu UMNO tidak akan boleh berubah.

“Apatah lagi, UMNO kini bersekongkol dengan DAP. Di Parlimen, pemimpin UMNO antara yang paling senyap dalam isu-isu penting seperti hal ehwal Islam, Melayu dan pendedahan mengenai BlackRock,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau mengulas saranan Se­tia­usaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang me­nyarankan Bersatu dibubarkan agar parti itu kembali semula kepada UMNO.

Ia selepas kenyataan berulang kali oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai kesediaan be­kerjasama dengan UMNO.

Ahli Parlimen Machang itu turut menegaskan Bersatu ti­dak wajar disamakan dengan Semangat 46, sebuah parti serpihan UMNO yang akhirnya dibubarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN