SABAK BERNAM: Projek pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar-Hutan Melintang di sini, yang berdepan beberapa isu kelewatan dijangka kekal disiapkan tahun depan. Kelewatan sebelum ini antaranya melibatkan proses pengambilalihan tanah di Perak dan insiden rebakan tanah di jeti nelayan berdekatan kawasan itu, September tahun lalu. Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, pemerhatian mendapati projek pembinaan jambatan sepanjang 2.8 kilometer (km) itu berjalan lancar dan baik setakat…