GAZA: Hamas mencadangkan pembebasan lebih ramai tebusan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata baharu di Gaza, susulan usaha memulihkan rundingan pada Sabtu. Rundingan ini bermula hanya beberapa jam selepas tentera Israel melancarkan operasi serangan besar-besaran terbaharu di wilayah tersebut. Menurut seorang pegawai Palestin yang bercakap kepada BBC, Hamas bersetuju untuk membebaskan sembilan tebusan sebagai pertukaran kepada gencatan senjata selama 60 hari, serta pembebasan tahanan Palestin oleh Israel. Cadangan baharu turut merangkumi kemasukan 400 trak bantuan kemanusiaan setiap hari ke Gaza serta pemindahan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan ke luar wilayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya