GAZA: Tentera Israel hari ini mengesahkan serangannya terhadap sebuah hospital di Gaza, yang didakwa menjadi tempat persembunyian kumpulan pejuang Hamas. Terdahulu, Hamas memaklumkan serangan tersebut berlaku pada waktu subuh dan mengorbankan seorang wartawan yang cedera dalam serangan Israel bulan lalu. Serangan itu menamatkan jeda singkat pertempuran yang sebelum itu diadakan bagi membolehkan pembebasan seorang tebusan warga Amerika-Israel. Tentera Israel dalam kenyataan di Telegram mendakwa, kumpulan Hamas beroperasi dari dalam pusat arahan dan kawalan di Hospital Nasser di Khan Younis, bandar utama selatan Gaza. “Kompleks tersebut digunakan oleh pengganas untuk merancang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya