Israel akan tawan seluruh Gaza

Israel akan tawan seluruh Gaza

SEORANG kanak-kanak duduk di atas sofa yang rosak sambil memerhatikan orang ramai membersihkan runtuhan dari sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Men­­teri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan tenteranya akan mengambil alih kawalan seluruh Gaza ketika pasukan ke­tenteraan melancar­kan kem­pen serangan di wila­yah tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas Israel mengumumkan bakal mem­benarkan kemasukan be­kalan makanan asas ke Gaza dalam jumlah yang terhad.

Netanyahu berkata, langkah itu perlu diambil kerana imej kebuluran di Gaza akan menghalang objektifnya untuk menguasai wilayah itu dan mengusir kumpulan Hamas.

“Dalam pertempuran yang sengit ini, kami sedang membuat kemajuan. Kami akan me­ngambil alih keseluruhan wi­layah Gaza.

“Kami tidak akan berundur. Namun, untuk mencapai keja­yaan, kami mesti bertindak de­ngan cara yang tidak boleh di­hentikan.

“Kami tidak boleh membiarkan penduduk Gaza tenggelam dalam kebuluran, bukan sahaja atas sebab praktikal tetapi juga diplomatik. Rakan-rakan Israel tidak akan bertolak an­sur de­ngan imej kebuluran beramai-ramai.

“Untuk melengkapkan ke­­me­nangan menga­lahkan Ha­mas dan membebaskan tebusan, ka­mi tidak boleh mencapai tahap kebuluran,” katanya dalam vi­deo yang disiarkan di Tele­gram.

Israel kini berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat, termasuk daripada sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS), supaya menarik balik sekatan sepenuhnya yang dikenakan terhadap Gaza sejak lebih dua bulan lalu.

Penyelamat berkata, sera­ngan udara Israel membunuh se­kurang-kurangnya 150 orang, selepas tentera mengumumkan sudah memulakan operasi darat yang meluas terhadap Hamas.

Media Palestin berkata, 50 trak membawa tepung, mi­nyak masak dan kekacang dibenarkan masuk ke wilayah pantai kecil itu semalam manakala media Israel melaporkan sembilan trak dipenuhi makanan bayi turut dibawa ke Gaza.

Beberapa trak yang membawa bantuan kemanusiaan turut dilihat di sepanjang persimpangan Kerem Shalom.

Pada hari terakhir lawatan ke Asia Barat, Presiden AS, Donald Trump mengakui jutaan penduduk Palestin di Gaza kebuluran dan pihaknya akan memastikan situasi di wilayah itu dipulihkan.

Sekutu Eropah termasuk Jerman dan Britain turut menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza yang disebabkan oleh sekatan bantuan.

Pentadbiran Trump sebelum ini turut dilaporkan merancang memindahkan sekurang-kurangnya sejuta rakyat Pa­lestin di Gaza ke Libya secara tetap.

Perkara tersebut dilaporkan oleh portal berita NBC News yang memetik sumber daripada lima individu berkaitan pelan terbabit namun Kedutaan AS di Tripoli menafikannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×