KUALA LANGAT: Semua pihak perlu menghentikan segera spekulasi berkaitan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa mengambil cuti panjang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cuti dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa. “Rafizi cuti hanya beberapa hari. Bagilah (dia cuti). Tak ada isu,” kata ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra di sini, semalam.…










