Eksport koko Malaysia naik 29 peratus tahun lalu

Eksport koko Malaysia naik 29 peratus tahun lalu

Johari Abdul Ghani berucap merasmikan Festival Koko Antarabangsa Malaysia 2025 di Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jumlah eks­port koko dan produk koko Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak 29 peratus iaitu daripada 530,000 tan pada 2023 kepada sekitar 690,000 tan tahun lalu dengan nilai dangan berjumlah RM15 bilion.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kedudukan itu meletakkan negara sebagai antara lima pengisar biji koko terbesar di dunia, di mana Malaysia mengisar sekitar 370,000 tan biji koko setahun.

“Dengan jumlah pengelua­ran biji koko global yang makin berkurangan serta peningkatan peluang pendapatan yang banyak untuk petani koko, kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) komited untuk mencergaskan semula ladang-ladang koko dalam negara untuk menambah kawasan penanaman dan meningkatkan pengeluaran koko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama perasmian Festival Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Tambah Johari, kerajaan te­lah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan petani dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) koko, seperti program kluster koko dan penubuhan koperasi.

Katanya, kerajaan juga kini memberi tumpuan kepada jenis koko premium seperti biji koko berperisa istimewa dan koko organik untuk memenuhi permintaan global khusus yang terdorong kepada kualiti dan kesihatan.

Tambahnya, Malaysia terus mengusahakan sistem keboleh­kesanan koko yang telah mencapai 40 peratus keberkesanan, yang akan menjadi ciri Koko Premium Standard Malaysia.

Dalam perkembangan lainkatanya, kementerian akan memberi penerangan terperinci berkenaan amalan minyak sawit lestari Malaysia kepada wakil dari Kesatuan Eropah (EU).

Johari berkata ia akan dilakukan ketika delegasi EU berkunjung ke Malaysia pada September dan Oktober ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN