Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas

Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai Kampung Kilat di sini malam tadi.

Kedua-dua mangsa itu dikenali sebagai Irruwan Rantau, 17, dan adiknya Rahidi, 16.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Zulhilmi Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam dan seramai tujuh anggota telah ke lokasi yang terletak sejauh 81.6 kilometer (km).

“Pada pukul 11 malam, komander operasi melaporkan, jentera bomba tidak dapat menghampiri lokasi kejadian.

“Anggota bertugas terpaksa berjalan kaki dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.10 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulhilmi memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilakukan pada hari ini disebabkan cuaca gelap dan hujan malam tadi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya