MUSCAT: Oman mengumumkan Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan Houthi di Yaman mencapai persetujuan gencatan senjata bagi meredakan ketegangan dan menjamin kebebasan pelayaran di Laut Merah. Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi dalam kenyataan berkata, perjanjian itu turut menjamin kedua-dua pihak tidak akan menyerang satu sama lain, bagi memastikan kelancaran aliran perdagangan antarabangsa di perairan tersebut. Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengesahkan penamatan serangan udara terhadap Houthi, selepas kumpulan disokong Iran itu bersetuju untuk tidak lagi mengganggu laluan perkapalan penting di Asia Barat. Dalam pertemuan di Pejabat Oval bersama Perdana Menteri Kanada,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya