WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China bersedia memulakan rundingan minggu ini dalam usaha meredakan ketegangan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu. Menurut Kementerian Luar China, Timbalan Perdana Menterinya, He Lifeng akan menghadiri rundingan yang dijadualkan berlangsung di Switzerland dari 9 hingga 12 Mei ini. Pihak AS pula akan diwakili oleh Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer, seperti yang diumumkan oleh pejabat masing-masing. Sejak kembali ke Rumah Putih, Presiden Donald Trump mengenakan tarif import baharu terhadap barangan dari China, mencecah 145 peratus dan Beijing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya