RIYADH: Sebuah syarikat penerbangan Arab Saudi, Flynas, menyambung semula penerbangan untuk jemaah haji Iran buat kali pertama sejak 2015. Menurut pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi yang enggan dinamakan, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Teheran bermula pada Sabtu lalu. “Flynas menyambung semula penerbangan jemaah haji Iran dari Teheran pada Sabtu, dan syarikat itu juga akan mengendalikan penerbangan serupa dari dan ke Mashhad di timur laut Iran,”…










