LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan segmen maritim pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Resort World Langkawi (RWL) di sini, semalam. Gimik perasmian kali ini menyaksikan penyusupan oleh anggota penyelam taktikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terjun daripada pesawat dan tiba di hadapan pentas dengan membawa kotak hitam berisi kad slot untuk diaktifkan Perdana Menteri. Demonstrasi seterusnya…