PETALING JAYA: Empat stesen janakuasa utama di Lembah Klang terjejas ekoran tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu. Empat stesen tersebut ialah Stesen Janakuasa Connaught Bridge, Stesen Janakuasa Pulau Indah, Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz (KEV) dan Stesen Janakuasa Putrajaya. Suruhanjaya Tenaga (ST) bagaimanapun berkata, bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dalam keadaan stabil dengan beberapa langkah mitigasi telah dan akan diambil. Ini antaranya pengoperasian secara…