Sakitnya hanya Tuhan yang tahu – Rahim Jailani

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu – Rahim Jailani

RAHIM JAILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau diberi pilihan, saya rela serangan (jantung) itu berlaku sewaktu tidur, kerana sakitnya, hanya Tuhan yang tahu.”

Itu luahan pelakon veteran, Rahim Jailani, 64, yang masih dalam proses pemulihan selepas dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah minggu lalu akibat serangan jantung dan paru-paru berair.

Rahim berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang bersiap untuk tidur, bukan semasa tidur seperti yang dilaporkan sebelum ini. Saat itu, dia meng­alami sesak nafas melampau dan menyangka ajal sudah hampir tiba.

“Saya sangkakan Tuhan mahu cabut nyawa saya malam itu. Saya cuma sempat berdoa agar diampunkan segala dosa. Sakitnya sukar digambarkan, seperti disiat-siat kulit,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, prosedur me­ngeluarkan hampir 3.7 liter air dari paru-paru berjaya dilakukan dan dia kini dalam keadaan stabil serta dibenarkan berehat di rumah.

“Alhamdulillah, degupan jan­tung dah kembali normal, tak perlu alat bantuan pernafasan lagi. Doktor minta saya rujuk ke Hospital Ampang untuk rawatan susulan,” ujarnya.

Mengulas punca kejadian, Rahim mengakui kelalaiannya sendiri yang tidak makan ubat ikut jadual dan gagal menjaga pemakanan terutama dalam bulan puasa.

“Saya lalai. Saya harap ini jadi peringatan buat semua supaya jangan main-main dengan jadual ubat. Kesihatan bukan perkara kecil,” katanya.

Rahim kini berehat di kampung halamannya di Kuala Pilah, ditemani ahli keluarga dan meminta peminat terus mendoakan kesembuhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×