Rancang akhiri zaman bujang, selepas terima kunci rumah

Rancang akhiri zaman bujang, selepas terima kunci rumah

LUQMAN Hakim Mokhtar (tengah) menerima kunci rumah bersama dua penerima lain sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Syarikat Perumahan Negara Berhad di Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Akhirnya hajat saya ingin memiliki rumah sendiri termakbul, kerana ini adalah hadiah Aidilfitri paling manis buat saya,” kata seorang pe­nerima Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Melaka, Luqman Hakim Mokhtar, 26, dari Ayer Molek.

Dia yang masih belum berkahwin berkata, rumah tiga bilik dan dua bilik air itu adalah sebagai persiapan awal sebelum memutuskan untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

“Alhamdulillah selepas dua tahun menunggu akhirnya rumah impian saya siap sepenuhnya dan cuma menunggu bekalan elektrik, sebelum boleh menduduki rumah ini.

“Saya lega dapat memiliki rumah dengan harga RM75,000 dan bayaran bulanan yang sangat rendah iaitu RM300 sebulan, jika hendak dibandingkan rumah lain yang ditawarkan di negeri ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menerima kunci rumah pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Melaka di Taman Lagenda di sini.

Kata Luqman Hakim, dia memohon RMR sejak November 2023 untuk dibina atas tanah milik ayahnya dan tidak menyangka urusannya dipermudahkan serta mendapat kelulusan dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, bagi seorang lagi penerima, Rabaah Mohd. Zahari, 37, dari Alor Gajah, impian memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan setelah sekian lama menanti.

Menurutnya, ketika ini dia menetap di rumah kakitangan Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras, Kuala Lumpur dan akan pulang ke rumah baharunya setiap hujung minggu.

“Saya memohon kepada SPNB atas tanah milik ayah, alhamdulillah kelulusan tidak menunggu lama dan paling penting rumah ini murah, berkualiti serta bayaran bulanan hanya sekitar RM300,” katanya yang mempunyai empat anak.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya