PM arah segera laksanakan projek sekolah sukan Perlis

PM arah segera laksanakan projek sekolah sukan Perlis

ANWAR Ibrahim (kanan) dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Isu projek terbengkalai Sekolah Sukan Perlis di Bukit Chabang, Chuping yang berlarutan belasan tahun mendapat perhatian Perdana Menteri yang memutuskan melantik syarikat baharu segera melaksanakan projek berkenaan tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melantik syarikat dibawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang lebih berwibawa untuk memulakan segera pelaksanaan projek berkenaan.

“Sudah berbelas tahun dah, sukan pun tidak ada, sekolah pun tidak ada. Jadi akhirnya saya putuskan kita batalkan semua dan lantik syarikat dibawah Khazanah atau PNB yang mempunyai kewibawaan.

“Kita bagi arahan untuk menyegerakan tahun ini juga pelaksanaan projek ini (sekolah sukan Perlis) dengan kadar segera dengan peruntukan apa yang perlu untuk menyiapkan sekolah ini,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN