Penyanyi Bea Sobar Bea, suami dan empat rakan bebas 7 Mei ini? 

Penyanyi Bea Sobar Bea, suami dan empat rakan bebas 7 Mei ini? 

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Penyanyi Bea Sobar Bea Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin dan suami serta empat rakannya dijangka akan bebas sepenuhnya daripada Penjara Wilayah Narathiwat pada 7 Mei ini.

Memetik laporan portal berita apakhabartv.com, jurucakap Mahkamah Narathiwat berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Pendakwa Raya Wilayah terhadap keputusan mahkamah membebaskan Eda Ezrin, suami, serta empat rakannya, daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.

“Setakat hari ini tidak ada… kami tidak terima apa-apa permohonan (dari pendakwa raya)… tunggu 1, 2 atau 5 Mei ini.

“Jika sehingga waktu pejabat mahkamah ditutup pada 6 Mei tiada apa-apa permohonan, semua tertuduh akan dibebaskan,” katanya semalam.

Mengulas lanjut, jurucakap itu memberitahu, pihak pendakwa raya diberi tiga peluang untuk memohon melanjutkan tempoh memfailkan rayuan sebagaimana kes dadah dan kes berkaitan keselamatan yang lain.

Katanya, setakat ini pihak pendakwa raya telah menggunakan satu peluang yang diberikan yang akan berakhir 6 Mei ini.

“Biasanya dua tiga hari sebelum tempoh itu tamat, pejabat pendakwa raya akan mengemukakan permohonan kedua untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan… yang akan berakhir pada 6 Jun.

“Demikian juga untuk permohonan ketiga yang sekiranya berlaku, maka tempohnya akan berakhir pada 6 Julai,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata, pihak berkuasa Thailand juga tidak mahu mengurung semua tertuduh terlalu lama tanpa perbicaraan yang adil.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan penyanyi Eda Ezrin  bersama suami dan empat lagi rakan mereka terpaksa tinggal dipenjara sebulan lagi.

Ia selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat memberi kebenaran kepada Pendakwa Raya Wilayah untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan rayuan berhubung pembebasan enam rakyat Malaysia itu pada 2 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya