Penunggang motosikal tular dilanggar kereta

Penunggang motosikal tular dilanggar kereta

Lenyek penunggang
TANGKAP layar video tular memaparkan seorang lelaki dilenyek sebuah kereta dalam kejadian di sekitar Taman Sentosa, di Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penunggang motosikal cedera selepas tular dipercayai dilanggar pemandu kenderaan di sekitar Taman Sentosa, di sini.

Kejadian itu tular menerusi satu rakaman video berdurasi 49 saat dalam media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar kereta yang dipercayai turut dipandu seorang lelaki.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian kemudian menjerit meminta penunggang motosikal itu bangun menyelamatkan diri.

Selain itu, mereka memarahi pemandu kereta tersebut. Punca sebenar kejadian itu bagaimanapun belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya