PETALING JAYA: Pasaran saham Asia terus merudum mengakibatkan kerugian berbilion dolar akibat kenaikan tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara termasuk ASEAN. Turut terjejas ialah Bursa Malaysia yang hilang RM48.47 bilion nilai pasaran, diheret oleh prestasi pasaran serantau yang lemah di tengah-tengah kebimbangan semakin meningkat mengenai potensi perang perdagangan global dilancarkan Amerika Syarikat (AS). FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 80 mata kepada 1,420.22 pada sesi dagangan…