NGO kurang sertai sukarelawan APM

NGO kurang sertai sukarelawan APM

BEBERAPA peserta menunjukkan demonstrasi memasang enjin bot bagi operasi penyelamatan di air pada Majlis Penutupan Kursus CRSM dengan kerjasama APM di Tasik Chin Chin, Jasin, Melaka, hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka memerlukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyertai Pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA).

Pengarahnya, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, setakat ini hanya satu NGO yang telah berdaftar dengan CDA iaitu Serantau Muslim manakala dua lahi NGO iaitu We Care dan Akademi Perantara dalam proses pendaftaran.

Menurutnya, penyertaan lebih banyak NGO di negeri ini amat penting kerana mereka mudah untuk digerakkan bagi membantu APM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) jika berlaku bencana berskala besar di negeri ini atau membantu negero-negeri lain yang terkesan bencana.

Katanya, ahli-ahli NGO yang berdaftar sebagai CDA ini secara tidak langsung boleh didaftarkan menjadi Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) setelah menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam kelak.

KAMARULSYAH MUSLIM

“Di Melaka semenjak awal tahun 2000 kita mendaftarkan lebih kurang 10,000 menganggotai ASPA tetapi yang masih aktif bertugas operasi pada tahun 2025 ini sekitar 300 orang sahaja manakala selebihnya hanya aktif menghadiri latihan sahaja.

“Jadi saya melihat mengapa tidak lebih banyak NGO di negeri ini dapat menyertai CDA kerana melalui NGO ini mereka mudah untuk digerakkan melalui ketua masing-masing jika berlaku kecemasan atau bencana seperti banjir dan sebagainya jika hendak dibandingkan memanggil anggota sukarelawan secara individu.

“Kita akan melatih setiap ahli NGO agar mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dari segi pengurusan serta pengendalian bantuan yang akan diberikan apabila berlaku sesuatu kecemasan atau bencana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kursus Intensif Anjuran Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) dengan kerjasama APM di Tasik Chin Chin, di sini hari ini.

Hadir sama Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong dan Ahli Dewan Undangan (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Mengulas lanjut Kamarulsyah berkata, setiap tahun APM negeri akan mengambil anggota baharu sukarelawan terutama dalam kalangan masyarakat berumur 18 hingga 45 tahun termasuk golongan belia.

Menurutnya, setiap tahun APM menyasarkan kira-kira 440 orang akan menjadi sukarelawan dan sambutan amat mengalakkan hingga mencapai indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

“Berdasarkan rekod terkini sejak tahun 2000 yang mendaftar menjadi sukarelawan di Melaka mencecah lebih 10,000 orang bagaimanapun sejak tiga tahun kebelakangan ini hanya 300 sahaja yang aktif,” ujarnya.

Katanya, jumlah yang aktif itu menjadi sandaran bertugas hampir setiap hari atau semasa bencana seperti banjir kilat di pusat-pusat kawalan operasi daerah dan operasi unit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya