Mindef beri tumpuan terhadap keselamatan siber negara

Mindef beri tumpuan terhadap keselamatan siber negara

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan (Mindef) tetap memberikan tumpuan terhadap keselamatan siber dalam berdepan ancaman di ruang siber yang semakin kompleks dan berbahaya.

Timbalan Menterinya Adly Zahari berkata, perkara tersebut dilihat sebagai satu keperluan dan ketika ini Mindef sudah mempunyai bahagian sains dan dan elektromagnetik pertahanan.

“Bahagian ini (sains dan dan elektromagnetik pertahanan) akan menguruskan keperluan-keperluan siber dan teknologi dalam berdepan ancaman tersebut (siber).

“Selain itu, Mindef mahu kembangkan lagi ‘domain’ laman sesawang kerana kita akan tentera darat, udara dan laut. Hal ini kerana perang masa hadapan bukan sahaja melibatkan fizikal malah gangguan siber,” kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama di sini hari ini.

Adly memberitahu, Mindef bukan sahaja membina kekuatan dari segi aset malah guna tenaga sedang dibangunkan dalam menggerakan keselamatan siber negara.

Katanya, beliau mahu keselamatan siber negara berada pada tahap terbaik untuk berdepan sebarang ancaman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN