‘Mat Saleh’ teruja makan lemang

‘Mat Saleh’ teruja makan lemang

SEBAHAGIAN pelancong menikmati lemang, rendang dan kuih-muih di Kampung Kuala Tahan di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kemeriahan penduduk Melayu yang tinggal di pesisir Sungai Tembeling di sini, menyambut Hari Raya Aidilfitri mengujakan pelancong ‘Mat Saleh’ yang berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan.

Pusat inap desa milik penduduk tempatan di Kampung Kuala Tahan antara yang menjadi tumpuan pelancong berhari raya apabila mereka menginap di tempat tersebut.

Seorang pelancong dari Amsterdam, Belanda, Allan Bart, 40, berkata, dia teruja apabila pemilik pusat inap di situ memasak lemang dan rendang ketika malam hari raya dan turut sama melihat makanan itu dimasak sehingga selesai.

“Saya cuma mengetahui umat Islam di seluruh dunia dan negara ini berpuasa pada bulan Ramadan menerusi media sosial, tetapi tidak menyangka kehadiran kami ketika saat penduduk di sini membuat persiapan menyambut hari raya.

“Kami turut diraikan ketika penduduk berhari raya dengan makanan lemang dan rendang serta kuih-muih tradisional yang belum pernah dimakan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Kuala Tahan.

Sementara itu, pengusaha Delimah Guest House, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, saban tahun ketika Hari Raya Aidilfitri, inap desa milik keluarganya disinggah pelancong asing seperti dari Belanda, Jerman dan Perancis untuk menginap ketika berkunjung pada hujung Ramadan.

“Kami raikan pelancong yang menginap di sini dengan juadah lemang daun lerek, rendang dan kuih-muih dan nampaknya mereka (pelancong) sangat teruja serta gembira bersama penduduk di sini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya