DAMSYIK: Krisis kecairan memaksa pihak berkuasa Syria mengehadkan pengeluaran tunai secara drastik, menyebabkan kebanyakan penduduk bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. Sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad pada Disember lalu, Syria bergelut untuk bangkit semula selepas hampir 14 tahun perang saudara, di mana sektor perbankan turut tidak terkecuali. Sebelum digulingkan, sekutu rapat Bashar iaitu Russia memonopoli percetakan wang kertas Syria. Sejak kejatuhan rejim itu, pihak berkuasa baharu hanya sekali mengumumkan menerima penghantaran wang kertas dari Moscow. Di negara yang mempunyai kira-kira 1.25 juta penjawat awam, kakitangan kerajaan terpaksa beratur di salah satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya