KKR beri kerjasama penuh, pastikan siasatan telus

KKR beri kerjasama penuh, pastikan siasatan telus

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexan­der Nanta Linggi berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan kejadian itu dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai kementerian serta agensi berkaitan.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan dan simpati terhadap semua pihak yang terkesan akibat kejadian ini. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kami,” katanya da­lam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, jumlah mang­sa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights te­rus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga setakat pagi semaam.

Peningkatan itu dipercayai berpunca daripada kepula­ngan ahli keluarga dari kampung serta pesakit yang telah keluar dari hospital selepas menerima rawatan susulan.

Menurut Alexander, semua agensi di bawah KKR, sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah diarahkan untuk memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan agar ia dijalankan secara menyeluruh dan telus.

ADS:D

Beliau menegaskan, KKR bersedia mengenal pasti punca kejadian serta melaksanakan langkah pencegahan bagi memastikan tragedi serupa tidak berulang.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) tu­rut bersedia menyalurkan ban­tuan dalam bentuk nasihat dan kepakaran teknikal jika diperlukan pihak berkuasa.

“Saya merayu agar orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan de­ngan lancar dan adil. Kementerian akan terus memantau perkembangan siasatan dan memberikan komitmen sepenuhnya demi keselamatan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN