Keterangan Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang akhbar bahasa cina diambil hari ini

Keterangan Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang akhbar bahasa Cina diambil hari ini

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily akan diambil berhubung kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan kepada Utusan Malaysia, proses merakam keterangan itu akan dilakukan hari ini di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada pukul 1 tengah hari ini.

Beliau berkata, keterangan kedua-duanya diambil memandangkan mereka yang meluluskan gambar bendera selain salah seorang merupakan grafik ilustrator gambar bendera tersebut.

“Siasatan telah dimulakan sebaik menerima laporan berkaitan perkara itu.

“Kes itu di siasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya di sini.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan sudah melakukan siasat terhadap akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily itu semalam.

Siasatan dibuka susulan 13 laporan diterima PDRM berhubung perkara itu di seluruh negara.

Tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi tersebut disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN